2/26/2010

harap maaf

harap maaf
sudah lama tidak mengemaskini blog ini
banyak yang ingin diceritakan
namun saya kesuntukan masa
diharap kalian bersabar
segala kesulitan amat dikesali :)

2/09/2010

sinis

sebentar tadi ada ujian CSC134
ujian bermula pukul 8.00
seperti biasa, 8.30 barulah berjalan menuju ke kelas
masuk sahaja kelas, calon-calon yang lain memandang sinis
ah! pedulikan sahaja mereka
terus mencapai kertas soalan diatas meja pensyarah
lalu berjalan menuju sudut belakang kelas
cuba menjawab soalan pertama, tidak berjaya
soalan kedua, tetap gagal
begitulah yang ketiga dan seterusnya
selak mukasurat terakhir, soalan karangan!
nasib baik
mula menjawab soalan karangan terlebih dahulu
satu persatu calon keluar meninggalkan kelas
emosi agak terganggu
hati makin memberontak
masa tinggal lagi 5 minit
separuh soalan masih belum disentuh
ditinggalkan sahaja!

*****************************************

pengajaran disini
bersedia sebelum peperiksaan
datang awal ke peperiksaan
keluar selepas tamat peperiksaan

2/05/2010

pena dan kertas


kerja! kerja! kerja!