10/21/2011

gua selalu terlupa,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286

8/04/2011

scene

scene buka puasa sambil menonton wayang memang tengah naik sekarang!
lagi dekat waktu berbuka puasa, lagi ramai yang berpusu-pusu datang untuk menonton wayang.
ada yang sanggup beratur panjang lebih dari 1jam semata-mata untuk follow scene ni.
itu belum kira mereka-mereka yang dah booking dua atau tiga hari sebelum untuk memastikan mereka tidak terlepas untuk berbuka puasa didalam panggung wayang.
memang hebat scene berbuka sambil menonton wayang ni sebenarnya!

"scene bazaar ramadhan sekarang dah berkurangan, juadah-juadah yang dijual tak padu macam tahun-tahun yang lepas." - kata seorang brader kepada gua.

gua hanya mengangguk tanda faham lalu menyuap nasi ke mulut.
jarang juga nak dengar orang berbual pasal scene waktu-waktu berbuka puasa macam ni.

4/29/2011

kebiasaanya..

pagi hari ahad
kalau takde aktiviti gotong-royong, rancangan television yang menarik, mahupun hujan lebat, saya akan bangun awal!
seperti selalu, saya akan ke Memory Lane untuk berniaga secara kecil-kecilan.
berbekalkan air nescafe satu tupperware besar , surat khabar berbahasa inggeris, duit kertas seringgit dalam 10 helai & keazaman yang memuncak tinggi, saya memulakan perniagaan dengan sabar.

Alhamdulillah, setiap minggu ada sahaja pelanggan yang datang membeli.
tidak kurang juga penguatkuasa yang datang kerana ingin bertanya khabar.
gerai saya ni biasa-biasa sahaja,
terletak di kaki lima dan hanya beralaskan kanvas sahaja.
rilek-rilek lah orang kata.
barang-barang yang dijual pun biasa-biasa sahaja. hanya dilipat kemas dan diletakkan atas kanvas sahaja.
harganya tidaklah mencecah puluhan atau ratusan ringgit seperti peniaga-peniaga yang lain.
elok sahaja suasana lengang, saya terus berkemas dan menuju ke gerai mamak yang berhampiran!
dalam kepala memang dah asyik memikirkan nasi ganja & air bandung!

berbeza dengan sekarang,

hari Ahad, saya akan menonton wayang sambil menikmati popcorn & minuman berkarbonat!
seperti remaja kebanyakkan!
kahkahkah!