4/18/2010

menangis...

hari ini saya banyak menangis
air mata berlenangan
membasahi kelopak mata
teresak-esak menangis
"mel, sabar ya.."
mak long cuba memberi semangat
ahh! tidak mampu menahan diri lagi!

*******************************

mak long!
bawang dah siap kupas!

4/05/2010

pendiam!

hai!
saya mohammad muzammil hairiri
seorang yang pendiam dan pemalu
saya kurang bergaul dengan orang yang tidak dikenali
bukannya sombong
cuma takut untuk memulakan perbualan
sekiranya anda kurang selesa dengan diri saya, tegur sahaja
saya bersedia menerima teguran ikhlas anda
namun, diharap anda tidak mengkritik menggunakan laman sesawang sosial
kerana itu merupakan sesuatu yang menjengkelkan
diharap anda dapat memberi kritikan yang membina kepada saya
terima kasih!