12/29/2010

tanah tumpahnya darahku..

7.50 petang
saya melangkah masuk ke kedai mamak yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan.
lantas duduk dimeja selang 2 baris dari skrin besar.
kelihatan 2 orang remaja berambut perang dihadapan saya
kedua-duanya sibuk mengemaskini status facebook mereka.
saya tersenyum nipis.
tidak lama kemudian, seorang brader datang duduk disebelah saya.
setelah meminta pesanan, dia menggulungkan rokok daun di atas meja.
perlakuannya agak serius.
saya hanya mendiamkan diri sahaja.

******

8.00 malam
perlawanan bolasepak Malaysia vs Indonesia bermula.
tidak banyak perubahan yang dapat dilihat pada pasukan Malaysia.
masih bermain seperti budak darjah 3.
sepak bola jauh-jauh, kejar laju-laju, tanduk pejam mata, bola keluar..
taktik sebegini sememangnya berkesan dalam permainan komputer.
tetapi bukanlah dalam kehidupan sebenar!

******

tidak lama kemudian
saya pun beredar.
meninggalkan 2 orang remaja berambut perang,
seorang brader serius,
dan air yang tertumpah atas meja...

*walaubagaimanapun, tahniah buat pasukan negara!

*entri yang lebih serius disini!

12/28/2010

Strangers!









kasut-kasut untuk dijual!!
maklumat lanjut disini!

12/18/2010

pepatah Melayu...

pepatah Melayu ada mengatakan..
air yang deras jangan disangka tiada buaya...






bukit hijau, kedah

* esok lusa kita berpantun 4, 5 rangkap pula!
takde hal la kan?

12/14/2010

jeti semeling, kedah..















tenang..
jauh dari kesibukan bandar..
mahupun buku-buku yang tebal yang membosankan...

12/10/2010

barbeque hujung minggu!

1) ikan tilapia
2) garam
3) kunyit
4) limau nipis
5) sos barbeque
6) arang
7) air berkarbonat
8) makanan ringan

semua dah sedia!

***********

masalahnya, kalau hari hujan....
jangan nak barbeque sangat laa....

12/06/2010

poskad tahun baru!

selamat menyambut maal hijrah!



perjalanan kehidupan masih jauh..
semoga Allah permudahkan segala urusan kita..
amin.

12/04/2010

dunia kehabisan warna!













hidup ini berwarna-warni..
namun, ada masanya..
hitam dan putih sudah cukup untuk menceritakan segalanya..

12/01/2010

jalan perlahan bila nak sampai?

sekali lagi saya tercedera di buku lali.
memang padu kesakitannya.
kalah kecederaan sewaktu jatuh bermain papan selaju hari tu.
kali ini terpaksa saya bertongkat untuk kemana-mana.
agak menyusahkan dan menguji kesabaran.
namun, tidak mengapa.
Allah tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan mereka.
apa ada hal ye tak??

*****

geng futsal, jangan risau sangat!
player taraf epl memang selalu macam ni.
hahaha!!

merpati putih


Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Merbahaya


*ikhlas untuk kekasih hati..

11/29/2010

estetika!













kadang -kala,
sesetengah perkara perlu dibiarkan begitu sahaja...

11/22/2010

fitrah dan penyesalan..

hari kedua pembelajaran agak mencabar dan sedikit thrill!
pelbagai subjek baru yang akan dipelajari untuk semester ini.
antara yang menarik perhatian pada hari ini ialah Ekonomi Terpilih.
mungkin kerana pensyarahnya kelihatan kemas, kacak dan dengan penuh bergaya memulakan pembelajaran pada hari pertama tanpa perlu ice breaking apa benda semua!
Mr. Wong namanya, agaknya lah..
banyak perkara-perkara rare yang dibangkitkan beliau.
Pilihan, Pengorbanan, Fitrah, dan Penyesalan.
hal-hal sebegini memang tak boleh ambil ringan!

*******

dalam sepuluh minit lepas tu, saya dah sibuk baca surat khabar.

11/15/2010

Masih ada harapan..

Antara perkara yang masih boleh dibanggakan pada pemain bola sepak Malaysia :

1) Tidak ketinggalan dengan fesyen rambut terkini.
2) Memakai kasut bola berjenama antarabangsa.
3) Passing macam budak darjah 3!

************

Esok lusa saya ingat nak main bola untuk Malaysia laaa..
Bila lagi nak berkhidmat untuk negara ye tak??

10/31/2010

matahari mulai terik..

hari ahad!
saya bangun awal!
hari ini ada flea market dekat Memory Lane, Ipoh.
niat nak berniaga tshirt dekat sana.
sampai-sampai sana, kelihatan ramai peniaga-peniaga baru nak buka gerai.
matahari mulai terik.
tanpa membuang masa, saya terus membentang kanvas di kaki lima yang agak tersorok.
poom pang! poom pang!
dalam 10 minit, siap!

*****

tidak lama selepas itu, beberapa orang pemuda pangkat brader-brader datang menjengah!
satu persatu tshirt dibelek mereka.

"Sehelai berapa? - tanya seorang brader berpakaian ala hippies.
"Guns and Roses, Marvel.. Semua RM 5!" - saya menjawab ringkas.
"Murah-murah!" -balas brader tu sambil mengangguk - ngangguk.

*****
selang beberapa minit, datang seorang lelaki berpakaian ala-ala penguatkuasa.
"Dik, lesen ada?" - tanya lelaki tersebut.
"Takde bang.." - jawab saya, ringkas.
"Kenapa takde? - tanya lelaki itu lagi.
" Sebab memang takde.." - jawab saya dengan penuh keyakinan.

Lelaki tersebut mengangguk tanda faham lalu beredar.

*****
agak-agak dah bosan, saya berkemas lalu pergi makan nasi ganja!
Alhamdulillah, jualan hari ini memuaskan!

10/11/2010

apa-apa lah mel..

hari ini agak membosankan..
tiba-tiba terasa nak main Beyblade!

*******
Beyblade ni lebih kurang macam gasing laa..
cuma dia lagi hebat sikit dari gasing..
sebab dia boleh keluarkan Naga bila lawan!



9/22/2010

ucapan hari raya saya!

Saya harap masih belum terlambat untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri!



p/s :- Raya sebulan, takde hal la nak bagi ucapan raya bila-bila ye tak?

8/29/2010

flora!

















nasihat dan pendapat ikhlas anda amatlah dihargai!
sekian, terima kasih!

8/22/2010

keikhlasan..

dalam 10 tahun lagi,
saya bercadang untuk membangunkan perniagaan sendiri
mungkin gerai burger!
tak perlu kemahiran psikologi, undang-undang laut negara,
ataupun kemahiran memproses informasi
hanya sedikit kemahiran memasak dan melepak
dan juga sedikit keikhlasan!

p/s jual burger pun dikira fardu kifayah apa?

8/09/2010

kepercayaan itu penting!

"weh, kelas batal!" - kata saya, serius
namun, tidak dihiraukan
rakan - rakan kelihatan bersahaja
masing-masing terus menyiapkan diri untuk ke kelas

"aku pegi kelas dulu!" - kata seorang rakan saya
"okay!" - saya menjawab ringkas

*********

selang 10 minit, terdengar pintu bilik diketuk.
saya membukanya dengan senyuman

saya ketawa kecil sambil menulis entri ini!

7/02/2010

fuhh..

hari ini penuh dugaan
bermula dengan assignment 'critical thinking' yang begitu menguji keimanan
disusuli dengan godaan katalog 'nike cortez' yang begitu melalaikan
ditambah pula dengan perut yang lapar
dan cabaran paling getir...
holland vs brazil
namun, saya dan zul firdaus tenang sahaja meneruskan tugasan!

********

aduh! Brazil dah 1...

6/13/2010

terima kasih!

secara jujurnya,
saya berasa sungguh terharu
melihat rakan-rakan saya yang berusaha sedaya upaya
untuk meyakinkan diri saya untuk bertanding!
terima kasih kawan-kawan!
*you know who you are!*

5/31/2010

agak biasa sahaja..

oh!
tidak banyak yang dapat diperkatakan untuk hari pertama semester ini
semuanya agak biasa dan membosankan
hanya sesi perkenalan diri sahaja
rakan - rakan kelihatan riang dan peramah
mungkin teruja untuk belajar agaknya
satu peningkatan diri - saya terlewat 10min sahaja hari ini...

**********

"mel, esok bangun awal! duduk depan sekali!" :)

4/18/2010

menangis...

hari ini saya banyak menangis
air mata berlenangan
membasahi kelopak mata
teresak-esak menangis
"mel, sabar ya.."
mak long cuba memberi semangat
ahh! tidak mampu menahan diri lagi!

*******************************

mak long!
bawang dah siap kupas!

4/05/2010

pendiam!

hai!
saya mohammad muzammil hairiri
seorang yang pendiam dan pemalu
saya kurang bergaul dengan orang yang tidak dikenali
bukannya sombong
cuma takut untuk memulakan perbualan
sekiranya anda kurang selesa dengan diri saya, tegur sahaja
saya bersedia menerima teguran ikhlas anda
namun, diharap anda tidak mengkritik menggunakan laman sesawang sosial
kerana itu merupakan sesuatu yang menjengkelkan
diharap anda dapat memberi kritikan yang membina kepada saya
terima kasih!

2/26/2010

harap maaf

harap maaf
sudah lama tidak mengemaskini blog ini
banyak yang ingin diceritakan
namun saya kesuntukan masa
diharap kalian bersabar
segala kesulitan amat dikesali :)

2/09/2010

sinis

sebentar tadi ada ujian CSC134
ujian bermula pukul 8.00
seperti biasa, 8.30 barulah berjalan menuju ke kelas
masuk sahaja kelas, calon-calon yang lain memandang sinis
ah! pedulikan sahaja mereka
terus mencapai kertas soalan diatas meja pensyarah
lalu berjalan menuju sudut belakang kelas
cuba menjawab soalan pertama, tidak berjaya
soalan kedua, tetap gagal
begitulah yang ketiga dan seterusnya
selak mukasurat terakhir, soalan karangan!
nasib baik
mula menjawab soalan karangan terlebih dahulu
satu persatu calon keluar meninggalkan kelas
emosi agak terganggu
hati makin memberontak
masa tinggal lagi 5 minit
separuh soalan masih belum disentuh
ditinggalkan sahaja!

*****************************************

pengajaran disini
bersedia sebelum peperiksaan
datang awal ke peperiksaan
keluar selepas tamat peperiksaan

2/05/2010

pena dan kertas


kerja! kerja! kerja!

1/19/2010

hitam putih









pantai merdeka..