7.50 petang
saya melangkah masuk ke kedai mamak yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan.
lantas duduk dimeja selang 2 baris dari skrin besar.
kelihatan 2 orang remaja berambut perang dihadapan saya
kedua-duanya sibuk mengemaskini status facebook mereka.
saya tersenyum nipis.
tidak lama kemudian, seorang brader datang duduk disebelah saya.
setelah meminta pesanan, dia menggulungkan rokok daun di atas meja.
perlakuannya agak serius.
saya hanya mendiamkan diri sahaja.
******
8.00 malam
perlawanan bolasepak Malaysia vs Indonesia bermula.
tidak banyak perubahan yang dapat dilihat pada pasukan Malaysia.
masih bermain seperti budak darjah 3.
sepak bola jauh-jauh, kejar laju-laju, tanduk pejam mata, bola keluar..
taktik sebegini sememangnya berkesan dalam permainan komputer.
tetapi bukanlah dalam kehidupan sebenar!
******
tidak lama kemudian
saya pun beredar.
meninggalkan 2 orang remaja berambut perang,
seorang brader serius,
dan air yang tertumpah atas meja...
*walaubagaimanapun, tahniah buat pasukan negara!
*entri yang lebih serius disini!
gua rase budak darjah 3 xleh nk saves penalti brader Firman MVP palsu suzuki cup
ReplyDeletehaha!
ReplyDeletecomment ni terbatas kpd Outfield Player utk 1st half..
stakat itu je yg gua tgk...
pepon..coz dorang la kelas ary ahad ni batal!! haha..=)
ReplyDeletenurhashimah - haha!trpaksa brsetuju.. :)
ReplyDelete