4/29/2011

kebiasaanya..

pagi hari ahad
kalau takde aktiviti gotong-royong, rancangan television yang menarik, mahupun hujan lebat, saya akan bangun awal!
seperti selalu, saya akan ke Memory Lane untuk berniaga secara kecil-kecilan.
berbekalkan air nescafe satu tupperware besar , surat khabar berbahasa inggeris, duit kertas seringgit dalam 10 helai & keazaman yang memuncak tinggi, saya memulakan perniagaan dengan sabar.

Alhamdulillah, setiap minggu ada sahaja pelanggan yang datang membeli.
tidak kurang juga penguatkuasa yang datang kerana ingin bertanya khabar.
gerai saya ni biasa-biasa sahaja,
terletak di kaki lima dan hanya beralaskan kanvas sahaja.
rilek-rilek lah orang kata.
barang-barang yang dijual pun biasa-biasa sahaja. hanya dilipat kemas dan diletakkan atas kanvas sahaja.
harganya tidaklah mencecah puluhan atau ratusan ringgit seperti peniaga-peniaga yang lain.
elok sahaja suasana lengang, saya terus berkemas dan menuju ke gerai mamak yang berhampiran!
dalam kepala memang dah asyik memikirkan nasi ganja & air bandung!

berbeza dengan sekarang,

hari Ahad, saya akan menonton wayang sambil menikmati popcorn & minuman berkarbonat!
seperti remaja kebanyakkan!
kahkahkah!

4/14/2011

Politicians!

They are not idiots, but
They've behaved like idiots!

4/06/2011

Kata Ganti Nama..

Minggu lepas, gua naik bas express.
Perjalanan jauh dan lama, agak-agak dalam 6jam.
Gua tidur sepanjang perjalanan, memang tak sedar apa!
Lepas tu, sampai-sampai je, gua memikul beg galas yang boleh tahan beratnya terus menuju ke kedai mamak berdekatan.
Elok sahaja gua duduk, seorang mamak datang dengan senyuman nipis nak ambil order.
"Lu nak makan apa?" tanya mamak tersebut.
"Bagi gua roti telur 2keping, nescafe panas satu!" balas gua.
"Okay geng!" jawap mamak tersebut .

********
Selesai sarapan pagi, gua menuju pulak ke kedai runcit yang berhampiran dengan kedai mamak tadi.
"Apa lu mau?" soalan ditujukan kepada gua oleh peniaga kedai runcit tersebut.
"The Star" balas gua sambil tangan kanan menghulurkan duit kertas Rm 50.
"Gua takde duit kecil laa, lu ada? tanya peniaga tersebut lagi.
"Kejap!" balas gua sambil menyeluk poket lalu menghulurkan duit syiling sebanyak Rm 1.20.

********
Balik rumah lepas tu, gua terfikir..
"Lepas ni nak tulis apa-apa kena pakai lu-gua!"
Sebab apa?
Sebab orang Johor Bharu semua cakap pakai lu-gua!