10/31/2010

matahari mulai terik..

hari ahad!
saya bangun awal!
hari ini ada flea market dekat Memory Lane, Ipoh.
niat nak berniaga tshirt dekat sana.
sampai-sampai sana, kelihatan ramai peniaga-peniaga baru nak buka gerai.
matahari mulai terik.
tanpa membuang masa, saya terus membentang kanvas di kaki lima yang agak tersorok.
poom pang! poom pang!
dalam 10 minit, siap!

*****

tidak lama selepas itu, beberapa orang pemuda pangkat brader-brader datang menjengah!
satu persatu tshirt dibelek mereka.

"Sehelai berapa? - tanya seorang brader berpakaian ala hippies.
"Guns and Roses, Marvel.. Semua RM 5!" - saya menjawab ringkas.
"Murah-murah!" -balas brader tu sambil mengangguk - ngangguk.

*****
selang beberapa minit, datang seorang lelaki berpakaian ala-ala penguatkuasa.
"Dik, lesen ada?" - tanya lelaki tersebut.
"Takde bang.." - jawab saya, ringkas.
"Kenapa takde? - tanya lelaki itu lagi.
" Sebab memang takde.." - jawab saya dengan penuh keyakinan.

Lelaki tersebut mengangguk tanda faham lalu beredar.

*****
agak-agak dah bosan, saya berkemas lalu pergi makan nasi ganja!
Alhamdulillah, jualan hari ini memuaskan!

4 comments: