12/29/2010

tanah tumpahnya darahku..

7.50 petang
saya melangkah masuk ke kedai mamak yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan.
lantas duduk dimeja selang 2 baris dari skrin besar.
kelihatan 2 orang remaja berambut perang dihadapan saya
kedua-duanya sibuk mengemaskini status facebook mereka.
saya tersenyum nipis.
tidak lama kemudian, seorang brader datang duduk disebelah saya.
setelah meminta pesanan, dia menggulungkan rokok daun di atas meja.
perlakuannya agak serius.
saya hanya mendiamkan diri sahaja.

******

8.00 malam
perlawanan bolasepak Malaysia vs Indonesia bermula.
tidak banyak perubahan yang dapat dilihat pada pasukan Malaysia.
masih bermain seperti budak darjah 3.
sepak bola jauh-jauh, kejar laju-laju, tanduk pejam mata, bola keluar..
taktik sebegini sememangnya berkesan dalam permainan komputer.
tetapi bukanlah dalam kehidupan sebenar!

******

tidak lama kemudian
saya pun beredar.
meninggalkan 2 orang remaja berambut perang,
seorang brader serius,
dan air yang tertumpah atas meja...

*walaubagaimanapun, tahniah buat pasukan negara!

*entri yang lebih serius disini!

12/28/2010

Strangers!









kasut-kasut untuk dijual!!
maklumat lanjut disini!

12/18/2010

pepatah Melayu...

pepatah Melayu ada mengatakan..
air yang deras jangan disangka tiada buaya...






bukit hijau, kedah

* esok lusa kita berpantun 4, 5 rangkap pula!
takde hal la kan?

12/14/2010

jeti semeling, kedah..















tenang..
jauh dari kesibukan bandar..
mahupun buku-buku yang tebal yang membosankan...

12/10/2010

barbeque hujung minggu!

1) ikan tilapia
2) garam
3) kunyit
4) limau nipis
5) sos barbeque
6) arang
7) air berkarbonat
8) makanan ringan

semua dah sedia!

***********

masalahnya, kalau hari hujan....
jangan nak barbeque sangat laa....

12/06/2010

poskad tahun baru!

selamat menyambut maal hijrah!



perjalanan kehidupan masih jauh..
semoga Allah permudahkan segala urusan kita..
amin.

12/04/2010

dunia kehabisan warna!













hidup ini berwarna-warni..
namun, ada masanya..
hitam dan putih sudah cukup untuk menceritakan segalanya..

12/01/2010

jalan perlahan bila nak sampai?

sekali lagi saya tercedera di buku lali.
memang padu kesakitannya.
kalah kecederaan sewaktu jatuh bermain papan selaju hari tu.
kali ini terpaksa saya bertongkat untuk kemana-mana.
agak menyusahkan dan menguji kesabaran.
namun, tidak mengapa.
Allah tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan mereka.
apa ada hal ye tak??

*****

geng futsal, jangan risau sangat!
player taraf epl memang selalu macam ni.
hahaha!!

merpati putih


Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Merbahaya


*ikhlas untuk kekasih hati..