3/14/2011

Art!

hari ini bermulalah peperiksaan akhir semester 3 saya..
matapelajaran untuk hari ni memang serius!
memang jenis yang tak boleh dibawa bergurau..
soalan-soalan yang dihidangkan pula lebih mementingkan konsep Art daripada memberi markah percuma kepada pelajar
sungguh mencabar minda dan kesabaran!

dalam masa 2 jam, pelbagai aksi dapat diperhatikan
ada yang tidur,
ada yang tekun menjawab peperiksaan,
ada yang main pinjam-pinjam alat tulis,
ada yang melukis atas kertas jawapan,
ada yang tercabut tangan kerana menulis terlalu pantas,
ada yang menangis kerana terlalu gembira semua soalan ramalan keluar,
ada yang menulis nota untuk pemeriksa,
ada yang merenung ke langit takut-takut hujan tak dapat nak main bola petang nanti
ada yang dah memikirkan masa hadapan,
ada yang relax-relax, tidak ambil kisah langsung,
dan ada yang duduk sahaja menunggu masa tamat dan memikirkan menu makanan tengahari nanti..

Anda pula bagaimana?

6 comments:

  1. shazlida - hahaha! yang itu aku xberani nak comment! :)

    ReplyDelete
  2. Ah yang tu tu mesti simi tu. Dah agak dahhhh, elehhhh

    ReplyDelete
  3. nieya - hahaha! shimi yg nmbor satu..tekun menjawab peperiksaan! :)

    ReplyDelete
  4. saya tak exam lagi tapi dekat dah!!!!!

    ReplyDelete
  5. nazmi - hahaha! semoga berjaya kawan! :)

    ReplyDelete