4/29/2011

kebiasaanya..

pagi hari ahad
kalau takde aktiviti gotong-royong, rancangan television yang menarik, mahupun hujan lebat, saya akan bangun awal!
seperti selalu, saya akan ke Memory Lane untuk berniaga secara kecil-kecilan.
berbekalkan air nescafe satu tupperware besar , surat khabar berbahasa inggeris, duit kertas seringgit dalam 10 helai & keazaman yang memuncak tinggi, saya memulakan perniagaan dengan sabar.

Alhamdulillah, setiap minggu ada sahaja pelanggan yang datang membeli.
tidak kurang juga penguatkuasa yang datang kerana ingin bertanya khabar.
gerai saya ni biasa-biasa sahaja,
terletak di kaki lima dan hanya beralaskan kanvas sahaja.
rilek-rilek lah orang kata.
barang-barang yang dijual pun biasa-biasa sahaja. hanya dilipat kemas dan diletakkan atas kanvas sahaja.
harganya tidaklah mencecah puluhan atau ratusan ringgit seperti peniaga-peniaga yang lain.
elok sahaja suasana lengang, saya terus berkemas dan menuju ke gerai mamak yang berhampiran!
dalam kepala memang dah asyik memikirkan nasi ganja & air bandung!

berbeza dengan sekarang,

hari Ahad, saya akan menonton wayang sambil menikmati popcorn & minuman berkarbonat!
seperti remaja kebanyakkan!
kahkahkah!

3 comments: