12/22/2011

Pendirian?

Sekarang ini, scene memperjuangkan hak-hak mahasiswa tengah naik. Mana-mana gua pergi, mesti ada brader-brader mahasiswa rancak berbual pasal kebebasan bersuara, hak menyertai parti politik, hal ehwal masyarakat, isu flyers dan lain-lain. Justeru, gua klasifikasikan brader-brader ini sebagai “golongan berpendirian” Pendirian teguh atau rapuh itu belakang kira.

Dalam masa yang sama, ada sekumpulan brader yang lebih berumur sibuk merakam video untuk menggertak golongan mahasiswa-mahasiswa tadi. Golongan ini menggelarkan diri mereka sebagai “Panglima Perang!”. Hal brader-brader ni gua belum mahu kupas, masyarakat lebih mengetahui.

Dalam masa yang sama juga, ada lagi satu kumpulan yang hanya menerima sahaja apa yang diberitahu kepada mereka secara bulat-bulat, tanpa usul periksa. Golongan ini gua gelarkan sebagai “scene follower”.

Jauh sikit dari golongan-golongan ini, ada lagi satu golongan yang tidak mahu ambil peduli hal-hal scene yang baru nak up ni. Mereka ini mempunyai immunity yang teguh dan tidak mudah terpengaruh dengan scene-scene sebegini. Golongan ini pula pada pandangan gua malas nak sesakkan kepala mereka dengan hal-hal remeh dan secara langsung mengamalkan prinsip “mampus muka kau!”.

********

Okay, lu orang jangan terlalu mengikut perasaan, sini bukan Tukar Tiub!

2 comments:

  1. hahah macam2 doh skang...tp apapun hang sihat ja kan mel??? btw aku ada blog baru skang in case kalau hang tak tau ;P

    http://blogbarunazmi.blogspot.com/

    miss u bro

    ReplyDelete
  2. biasalah ddk M'sia...lebih suka benda yg remeh temeh..hahaha!

    miss u too bro!

    ReplyDelete