1/01/2012

Pengalaman Tahun Baru (Part I)

Semalam, selesai solat Isyak, gua dan seorang lagi member gua, Shimi terus memecut menaiki motosikal ke Dataran Shah Alam. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Ini boleh kira pengalaman pertama gua nak pergi ke majlis ilmu yang mainstream sebegini.
Dalam perjalanan, Shimi toleh ke belakang lalu bercakap separuh menjerit,
"Ni kalau tayar motor pancit malam-malam, bikin ni Mel..", kata Shimi kepada gua yang membonceng dibelakang.
"Tapi, kalau niat nak gi tempat molek, insyaAllah semuanya molek." tambahnya.
Gua hanya mengangguk tanda setuju.

Vrooooommmmmm! Vrooooooooommmm!
Kami berdua menyusur dan menyelit di celah-celah puluhan kenderaan di atas jalan raya menuju ke sana. Adalah beberapa kali kami tersalah jalan dan akhirnya terpaksa bertanya kepada orang yang tidak dikenali untuk pandu arah menuju ke dataran tersebut.
Mujur, akhirnya sampai juga kami di sana.

Sampai sahaja, gua terus mengambil keputusan untuk duduk di atas jalan tar, betul-betul menghadap skrin besar. Gua perhatikan keadaan sekeliling, rata-rata pengunjung yang datang semuanya berkeluarga dan berpakaian sopan. Antara mereka, ramai juga yang berjubah dan memakai kupiah di atas kepala mereka. Didalam hati gua, terdetik sedikit rasa inferior, mungkin kerana gua hanya memakai seluar jeans dan t-shirt berlengan 3 suku yang bermotif kartun. Namun, gua hiraukan sahaja perasaan inferior gua ini. Agenda ilmu malam ni yang gua lebih pentingkan.
Lantas, gua terus fokus kepada majlis, tanpa menghiraukan sekeliling.
Melalui ceramah yang santai, banyak juga yang gua dapat pelajari. Kebanyakannya berkisarkan tentang hukum-hukum Islam, musik dan juga perkara-perkara semasa.
Pada gua, ini kali pertama gua menyertai scene ceramah sebegini. Seronok juga sebenarnya scene ini. Lucu, dan pada masa yang sama memberi sedikit sebanyak input kepada gua.

Sekarang, gua dapat rasakan yang gua berbual semakin serius, tapi takpelah.
Nanti gua sambung lagi.

Selamat Tahun Baru 2012,
ikhlas dari,
Mohammad Muzammil Hairiri



2 comments:

  1. 2012 ni tahun scene ceramah naik mel...mcm2 ceramagh nnt lagi2 nak dekat pilihan raya ni..anyway selamat tahun baru kawannn =)

    ReplyDelete
  2. hahaha! ni aku join scene ceramah agama je, hal-hal politik tolak tepi dulu..hal negara nanti insyaAllah kita cuba perbaiki dari dalam..selamat tahun baru juga! :)

    ReplyDelete