1/26/2012

Pensyarah Rambo!

Sebentar tadi, gua baru sahaja berbual dengan seorang kenalan lama. Kami berdua berada dalam satu kelas dahulu sewaktu di program matrikulasi yang gagal untuk gua habiskan. Banyak juga sebenarnya perkara yang gua gagal dalam hidup ini. Namun, bukan perihal kegagalan yang gua ingin ceritakan disini.

Berbalik kepada perbualan gua dengan rakan gua tadi, dalam bait-bait perbualan kami, tiba-tiba muncul cerita mengenai Sir Naim. Sir Naim ni merupakan seorang pensyarah bahasa Inggeris di kolej matrikulasi kami. Kalau tidak silap gua, sebelum menjadi pensyarah, beliau ni bekas askar Rambo. Dari segi pemakaian beliau, gua dah boleh nampak identiti seorang bekas askar dalam diri nya. Belum pernah lagi gua tengok pensyarah yang memakai topi askar sambil mengajar. Power! Power!

Ke-power-an Sir Naim ni tidak hanya terbatas kepada taste pemakaian beliau yang hentam buta sahaja, ada beberapa lagi aspek yang beliau power. Sebagai contoh, kegarangan beliau turut menyumbang kepada tahap power beliau yang tinggi. Sepanjang semester, jarang ada pelajar yang berani untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Datang lambat apatah lagi!

Teknik mengajar beliau mudah sahaja. "Guru mengajar, murid dengar. Cukup masa, keluar kelas!" Kalau time mood dia baik, boleh tonton filem inggeris dalam kelas! Namun, filem-filem aksi Rambo selalu menjadi pilihan beliau. Gua menyumpah dalam hati. Tapi, lebih baik tengok filem dalam kelas daripada menghadap buku MUET ye dak?

Hal-hal assignment yang beliau berikan juga turut menaikkan level power beliau dimata gua dan rakan-rakan sekelas gua pada waktu itu. Assignment pertama yang beliau berikan, sebuah essay yang bertajuk "What the hell am I doing here!". Dalam hati gua terdetik, "ini bukan hal main-main ni!"
Semangat untuk buat assignment ini lain sikit pada waktu itu, gua cuba sebaik mungkin. Sampai sekarang gua rasa, gua belum buat assignment tersebut. Celaka.

Selepas ini, gua ingat tumpuan gua lebih terarah kepada review individu-individu power mahupun perkara-perkara power yang gua rasa sesuai untuk direview. Hal-hal politik mahupun bolasepak tanah air gua ketepikan sementara. Membosankan. Benda yang sama sahaja berulang-ulang kali.

2 comments: