4/27/2012

Part mana?


Okay, sampai sekarang gua masih belum faham.
Part mana yang kelakarnya?
Susun kasut? Ke layan hindustan?

4/23/2012

April

Are you hoping for a miracle?

2/20/2012

Urusan Perbankan

Pagi tadi gua bangun awal sikit, dengan tujuan untuk menguruskan sedikit urusan keluarga. Selesai sahaja urusan tersebut, gua terus sahaja memecut untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, gua singgah sebentar di sebuah bank, untuk membuat transaksi urus niaga. Usai meletakkan kenderaan betul-betul ngam di dalam kotak parking, gua terus mematikan kereta lalu melangkah menuju ke arah bank tersebut.

Sebaik sahaja masuk kedalam bank tersebut, gua terus bertanya kepada salah seorang pegawai bank yang kebetulan ada di muka pintu.

"Cik, selamat pagi. Dekat mana saya boleh ambil nombor giliran?"
"Disana." jawab pegawai bank tersebut, sambil jari ibunya menunjuk kearah penjuru bank tersebut.
"Okay, terima kasih." balas gua sebagai tanda penghargaan.

"Trittttt..", nombor giliran gua keluar dari mulut mesin pengeluar nombor giliran tersebut.
Diatas resit tersebut tertulis NO 7.

Kemudian, gua mencari tempat duduk. Malangnya, tiada tempat duduk untuk gua, kesemuanya telah diambil oleh pelanggan-pelanggan yang lebih awal daripada gua. Lalu gua mengambil keputusan untuk hanya berdiri sambil menunggu giliran. Sambil berdiri, gua memerhati persekitaran sekeliling dengan teliti. Rata-rata pelanggan pada pagi ini terdiri daripada warga emas dan golongan professional. Urusan mereka melibatkan ribuan wang ringgit dan memakan masa lebih dari 10 minit.

Gua merenung jam dinding yang ada di satu sudut bank tersebut, jam menunjukkan pukul 9.45pagi.
"Lama juga gua terpaksa menunggu kali ini." kata gua dalam hati.

"Nombor 7!" salah seorang pegawai bank separuh menjerit.
Gua terus berjalan ke kaunter beliau tanda faham akan giliran gua sudah tiba.
Kemudian, gua terus menyerahkan resit nombor giliran, kad pengenalan dan borang-borang yang telah gua isi awal-awal tadi.
"Chekkkk! Chekkkk! Cheekkkk!" kedengaran bunyi papan kekunci ditekan dengan pantas oleh pegawai tersebut.
Gua hanya diam dan memerhati pegawai tersebut membuat kerjanya.

"Okay encik, dah selesai." kata pegawai tersebut sambil mengangguk perlahan.
"Okay,Terima kasih" balas gua ringkas.

Gua terus melangkah pantas ke arah kereta.
Dari jauh, gua terlihat seakan-akan ada sekeping resit terselit dicelah pengelap cermin hadapan.

*******
Dalam perjalanan pulang tadi gua terfikir,
Penguatkuasa kawasan meletak kenderaan merupakan antara golongan pekerja yang jujur, amanah dan gigih bekerja. Tidak seperti sesetengah menteri, pegawai kerajaan dan juga pemain bolasepak tempatan.

1/26/2012

Pensyarah Rambo!

Sebentar tadi, gua baru sahaja berbual dengan seorang kenalan lama. Kami berdua berada dalam satu kelas dahulu sewaktu di program matrikulasi yang gagal untuk gua habiskan. Banyak juga sebenarnya perkara yang gua gagal dalam hidup ini. Namun, bukan perihal kegagalan yang gua ingin ceritakan disini.

Berbalik kepada perbualan gua dengan rakan gua tadi, dalam bait-bait perbualan kami, tiba-tiba muncul cerita mengenai Sir Naim. Sir Naim ni merupakan seorang pensyarah bahasa Inggeris di kolej matrikulasi kami. Kalau tidak silap gua, sebelum menjadi pensyarah, beliau ni bekas askar Rambo. Dari segi pemakaian beliau, gua dah boleh nampak identiti seorang bekas askar dalam diri nya. Belum pernah lagi gua tengok pensyarah yang memakai topi askar sambil mengajar. Power! Power!

Ke-power-an Sir Naim ni tidak hanya terbatas kepada taste pemakaian beliau yang hentam buta sahaja, ada beberapa lagi aspek yang beliau power. Sebagai contoh, kegarangan beliau turut menyumbang kepada tahap power beliau yang tinggi. Sepanjang semester, jarang ada pelajar yang berani untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Datang lambat apatah lagi!

Teknik mengajar beliau mudah sahaja. "Guru mengajar, murid dengar. Cukup masa, keluar kelas!" Kalau time mood dia baik, boleh tonton filem inggeris dalam kelas! Namun, filem-filem aksi Rambo selalu menjadi pilihan beliau. Gua menyumpah dalam hati. Tapi, lebih baik tengok filem dalam kelas daripada menghadap buku MUET ye dak?

Hal-hal assignment yang beliau berikan juga turut menaikkan level power beliau dimata gua dan rakan-rakan sekelas gua pada waktu itu. Assignment pertama yang beliau berikan, sebuah essay yang bertajuk "What the hell am I doing here!". Dalam hati gua terdetik, "ini bukan hal main-main ni!"
Semangat untuk buat assignment ini lain sikit pada waktu itu, gua cuba sebaik mungkin. Sampai sekarang gua rasa, gua belum buat assignment tersebut. Celaka.

Selepas ini, gua ingat tumpuan gua lebih terarah kepada review individu-individu power mahupun perkara-perkara power yang gua rasa sesuai untuk direview. Hal-hal politik mahupun bolasepak tanah air gua ketepikan sementara. Membosankan. Benda yang sama sahaja berulang-ulang kali.

1/23/2012

Review Rakan Sekelas

Dalam seminggu dua ini, gua perhatikan, scene review rakan sekelas ini mulai rancak. Oleh kerana gua pun tidak mahu tertinggal dalam hal-hal scene semasa ini, jadi gua pun cepat-cepat mencari idea untuk me-review rakan-rakan sekelas gua ini.

Yang menjadi penghalang kepada review gua sekarang ini, rakan-rakan sekelas pun gua belum kenal pasti yang mana satu. Kalau adapun yang gua boleh cam, gua masih tidak pasti nama-nama mereka. Tambahan pula, berbual dengan mereka pun jarang-jarang sekali. Adalah dalam 2, atau 3 orang yang menegur gua. Itupun gua rasa dialog perbualan kami hanyalah beberapa baris ayat sahaja. Atau mungkin juga perkataan.

Jadi, gua rasa hal review-mereview ini gua simpan dahulu.
Mungkin nanti bila gua dah boleh ingat nama rakan-rakan sekelas gua, baru gua boleh into the scene ini. Baru true. Hahaha!

1/01/2012

Pengalaman Tahun Baru (Part I)

Semalam, selesai solat Isyak, gua dan seorang lagi member gua, Shimi terus memecut menaiki motosikal ke Dataran Shah Alam. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Ini boleh kira pengalaman pertama gua nak pergi ke majlis ilmu yang mainstream sebegini.
Dalam perjalanan, Shimi toleh ke belakang lalu bercakap separuh menjerit,
"Ni kalau tayar motor pancit malam-malam, bikin ni Mel..", kata Shimi kepada gua yang membonceng dibelakang.
"Tapi, kalau niat nak gi tempat molek, insyaAllah semuanya molek." tambahnya.
Gua hanya mengangguk tanda setuju.

Vrooooommmmmm! Vrooooooooommmm!
Kami berdua menyusur dan menyelit di celah-celah puluhan kenderaan di atas jalan raya menuju ke sana. Adalah beberapa kali kami tersalah jalan dan akhirnya terpaksa bertanya kepada orang yang tidak dikenali untuk pandu arah menuju ke dataran tersebut.
Mujur, akhirnya sampai juga kami di sana.

Sampai sahaja, gua terus mengambil keputusan untuk duduk di atas jalan tar, betul-betul menghadap skrin besar. Gua perhatikan keadaan sekeliling, rata-rata pengunjung yang datang semuanya berkeluarga dan berpakaian sopan. Antara mereka, ramai juga yang berjubah dan memakai kupiah di atas kepala mereka. Didalam hati gua, terdetik sedikit rasa inferior, mungkin kerana gua hanya memakai seluar jeans dan t-shirt berlengan 3 suku yang bermotif kartun. Namun, gua hiraukan sahaja perasaan inferior gua ini. Agenda ilmu malam ni yang gua lebih pentingkan.
Lantas, gua terus fokus kepada majlis, tanpa menghiraukan sekeliling.
Melalui ceramah yang santai, banyak juga yang gua dapat pelajari. Kebanyakannya berkisarkan tentang hukum-hukum Islam, musik dan juga perkara-perkara semasa.
Pada gua, ini kali pertama gua menyertai scene ceramah sebegini. Seronok juga sebenarnya scene ini. Lucu, dan pada masa yang sama memberi sedikit sebanyak input kepada gua.

Sekarang, gua dapat rasakan yang gua berbual semakin serius, tapi takpelah.
Nanti gua sambung lagi.

Selamat Tahun Baru 2012,
ikhlas dari,
Mohammad Muzammil Hairiri