Sejak kebelakangan ini, scene politik mahasiswa yang gua bualkan tempoh hari semakin rancak. Saban hari, ada sahaja isu yang brader-brader “berpendirian” ini bualkan. Dari isu posting, turun bendera, politik kampus, pegangan agama sehinggalah isu harga minyak!
Semakin serius gua tengok brader-brader “berpendirian” ini.
Gua hanya perhatikan sahaja.
Dalam hati gua berbisik,
“Scene sebegini sama sahaja seperti scene musik independent, scene Ultras Malaya mahupun scene printing t-shirt.
Semuanya tidak true, sekejap sahaja tahannya...”