4/27/2012
Part mana?
4/23/2012
2/20/2012
Urusan Perbankan
1/26/2012
Pensyarah Rambo!
1/23/2012
Review Rakan Sekelas
1/01/2012
Pengalaman Tahun Baru (Part I)
12/28/2011
Sekejap Sahaja
Sejak kebelakangan ini, scene politik mahasiswa yang gua bualkan tempoh hari semakin rancak. Saban hari, ada sahaja isu yang brader-brader “berpendirian” ini bualkan. Dari isu posting, turun bendera, politik kampus, pegangan agama sehinggalah isu harga minyak!
Semakin serius gua tengok brader-brader “berpendirian” ini.
Gua hanya perhatikan sahaja.
Dalam hati gua berbisik,
“Scene sebegini sama sahaja seperti scene musik independent, scene Ultras Malaya mahupun scene printing t-shirt.
Semuanya tidak true, sekejap sahaja tahannya...”
12/26/2011
12/22/2011
Pendirian?
Sekarang ini, scene memperjuangkan hak-hak mahasiswa tengah naik. Mana-mana gua pergi, mesti ada brader-brader mahasiswa rancak berbual pasal kebebasan bersuara, hak menyertai parti politik, hal ehwal masyarakat, isu flyers dan lain-lain. Justeru, gua klasifikasikan brader-brader ini sebagai “golongan berpendirian” Pendirian teguh atau rapuh itu belakang kira.
Dalam masa yang sama, ada sekumpulan brader yang lebih berumur sibuk merakam video untuk menggertak golongan mahasiswa-mahasiswa tadi. Golongan ini menggelarkan diri mereka sebagai “Panglima Perang!”. Hal brader-brader ni gua belum mahu kupas, masyarakat lebih mengetahui.
Dalam masa yang sama juga, ada lagi satu kumpulan yang hanya menerima sahaja apa yang diberitahu kepada mereka secara bulat-bulat, tanpa usul periksa. Golongan ini gua gelarkan sebagai “scene follower”.
Jauh sikit dari golongan-golongan ini, ada lagi satu golongan yang tidak mahu ambil peduli hal-hal scene yang baru nak up ni. Mereka ini mempunyai immunity yang teguh dan tidak mudah terpengaruh dengan scene-scene sebegini. Golongan ini pula pada pandangan gua malas nak sesakkan kepala mereka dengan hal-hal remeh dan secara langsung mengamalkan prinsip “mampus muka kau!”.
********
Okay, lu orang jangan terlalu mengikut perasaan, sini bukan Tukar Tiub!
11/20/2011
Danggggg!
10/21/2011
gua selalu terlupa,
8/04/2011
scene
lagi dekat waktu berbuka puasa, lagi ramai yang berpusu-pusu datang untuk menonton wayang.
ada yang sanggup beratur panjang lebih dari 1jam semata-mata untuk follow scene ni.
itu belum kira mereka-mereka yang dah booking dua atau tiga hari sebelum untuk memastikan mereka tidak terlepas untuk berbuka puasa didalam panggung wayang.
memang hebat scene berbuka sambil menonton wayang ni sebenarnya!
"scene bazaar ramadhan sekarang dah berkurangan, juadah-juadah yang dijual tak padu macam tahun-tahun yang lepas." - kata seorang brader kepada gua.
gua hanya mengangguk tanda faham lalu menyuap nasi ke mulut.
jarang juga nak dengar orang berbual pasal scene waktu-waktu berbuka puasa macam ni.
4/29/2011
kebiasaanya..
kalau takde aktiviti gotong-royong, rancangan television yang menarik, mahupun hujan lebat, saya akan bangun awal!
seperti selalu, saya akan ke Memory Lane untuk berniaga secara kecil-kecilan.
berbekalkan air nescafe satu tupperware besar , surat khabar berbahasa inggeris, duit kertas seringgit dalam 10 helai & keazaman yang memuncak tinggi, saya memulakan perniagaan dengan sabar.
Alhamdulillah, setiap minggu ada sahaja pelanggan yang datang membeli.
tidak kurang juga penguatkuasa yang datang kerana ingin bertanya khabar.
gerai saya ni biasa-biasa sahaja,
terletak di kaki lima dan hanya beralaskan kanvas sahaja.
rilek-rilek lah orang kata.
barang-barang yang dijual pun biasa-biasa sahaja. hanya dilipat kemas dan diletakkan atas kanvas sahaja.
harganya tidaklah mencecah puluhan atau ratusan ringgit seperti peniaga-peniaga yang lain.
elok sahaja suasana lengang, saya terus berkemas dan menuju ke gerai mamak yang berhampiran!
dalam kepala memang dah asyik memikirkan nasi ganja & air bandung!
berbeza dengan sekarang,
hari Ahad, saya akan menonton wayang sambil menikmati popcorn & minuman berkarbonat!
seperti remaja kebanyakkan!
kahkahkah!
4/14/2011
4/06/2011
Kata Ganti Nama..
Perjalanan jauh dan lama, agak-agak dalam 6jam.
Gua tidur sepanjang perjalanan, memang tak sedar apa!
Lepas tu, sampai-sampai je, gua memikul beg galas yang boleh tahan beratnya terus menuju ke kedai mamak berdekatan.
Elok sahaja gua duduk, seorang mamak datang dengan senyuman nipis nak ambil order.
"Lu nak makan apa?" tanya mamak tersebut.
"Bagi gua roti telur 2keping, nescafe panas satu!" balas gua.
"Okay geng!" jawap mamak tersebut .
********
Selesai sarapan pagi, gua menuju pulak ke kedai runcit yang berhampiran dengan kedai mamak tadi.
"Apa lu mau?" soalan ditujukan kepada gua oleh peniaga kedai runcit tersebut.
"The Star" balas gua sambil tangan kanan menghulurkan duit kertas Rm 50.
"Gua takde duit kecil laa, lu ada? tanya peniaga tersebut lagi.
"Kejap!" balas gua sambil menyeluk poket lalu menghulurkan duit syiling sebanyak Rm 1.20.
********
Balik rumah lepas tu, gua terfikir..
"Lepas ni nak tulis apa-apa kena pakai lu-gua!"
Sebab apa?
Sebab orang Johor Bharu semua cakap pakai lu-gua!
3/23/2011
Iklan pekerjaan!
Mencari peluang pekerjaan mungkin..
Paling tidak pun, nak mohon kerja sebagai pemain bola sepak profesional!
*4, 5 orang pemain lawan sekali gus, apa ada hal?
Soal gaji & nombor jersi boleh dibawa berunding!
*Iklan ini hanya sah untuk kelab-kelab liga tempatan sahaja!
Kelab-kelab Liga Inggeris harap maaf!
Arsene Wenger, no hard feelings okay? :)
3/21/2011
Scene Magik!!
scene kamera dslr, basikal, papan selaju, muzik indie, saya sayang mak saya, hardcore, post rock, post fesbuk selamat tinggal kawan-kawan, gangster melayu, apa bagai semua dah boleh tolak tepi!
fokus pada scene ni dulu..
sebabnya, nanti dah ramai poser tak seronok pula..
scene ni saya kira antara scene yang tak pakai modal banyak dan boleh bertahan lama dalam kalangan masyarakat kita.
*******
semalam saya nampak satu trick baru..
trick memenuhkan bekas gula-gula dengan sekelip mata!
saya kagum!
Seorang Ibu dan anak kecilnya disebelah saya yang nampak sekali pun tercengang,
memang tak tahu nak cakap apa!
3/17/2011
Mee Bandung Muar!
"Too many cook spoil the broth"


pepatah ini memang tak boleh pakai langsung!
hahaha!
******
*foto-foto oleh saudari Shazlida!
3/14/2011
Art!
matapelajaran untuk hari ni memang serius!
memang jenis yang tak boleh dibawa bergurau..
soalan-soalan yang dihidangkan pula lebih mementingkan konsep Art daripada memberi markah percuma kepada pelajar
sungguh mencabar minda dan kesabaran!
dalam masa 2 jam, pelbagai aksi dapat diperhatikan
ada yang tidur,
ada yang tekun menjawab peperiksaan,
ada yang main pinjam-pinjam alat tulis,
ada yang melukis atas kertas jawapan,
ada yang tercabut tangan kerana menulis terlalu pantas,
ada yang menangis kerana terlalu gembira semua soalan ramalan keluar,
ada yang menulis nota untuk pemeriksa,
ada yang merenung ke langit takut-takut hujan tak dapat nak main bola petang nanti
ada yang dah memikirkan masa hadapan,
ada yang relax-relax, tidak ambil kisah langsung,
dan ada yang duduk sahaja menunggu masa tamat dan memikirkan menu makanan tengahari nanti..


